• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jatuhkan Kerajaan – SPRM Nafi Pegawai Terlibat

oleh AK-47
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan pegawai-pegawai kanan suruhanjaya itu turut terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan seperti yang didakwa beberapa blog.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan tohmahan dalam blog-blog bahawa pegawai kanan SPRM terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan sebagai tidak benar dan tidak berasas.

Menurut SPRM, tindakan yang diambil oleh pegawai-pegawai kanannya adalah jelas bagi menjalankan tugas sebagai pegawai SPRM dan telah mendapat arahan dan dalam pengetahuan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

“Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan
bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan,”
katanya.

SPRM menegaskan sebagai suruhanjaya yang bebas, badan itu bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa ‘fear or favour’ dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

“SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan,” katanya.

SPRM dalam kenyataan itu menegaskan bahawa ia tidak terlibat dalam siasatan kes 1MDB sebaliknya hanya menyiasat kes SRC International.

Menurut SPRM, ia adalah keputusan yang dicapai oleh Pasukan Petugas Khas, yang dianggotai oleh Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan SPRM, yang menerima panduan dan nasihat perundangan daripada Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu adalah Peguam Negara.

SPRM memberi jaminan bahawa siasatan ke atas SRC International akan diteruskan sama ada dengan atau tanpa Pasukan Petugas Khas setelah ketiadaan Abdul Gani, sehingga siasatan lengkap sepenuhnya sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk kajian dan keputusan.

SPRM memaklumkan bahawa badan itu masih lagi mengesan beberapa saksi penting bagi melengkapkan siasatan SRC International.

“SPRM memohon kepada orang ramai agar memberi ruang kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd