• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didenda RM3,000 Curi Beg Tangan Kenalan WeChat

oleh Ahmad Albab
30/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara keluar dengan rakan lelaki yang baharu dikenali empat hari lalu melalui aplikasi WeChat, seorang wanita kehilangan beg tangannya yang dicuri kenalannya itu.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Amiruliqram Jafri, 20, selepas mengaku bersalah mencuri beg tangan milik Wan Nor Hidayah Wan Mohd Amin, 21, yang di dalamnya mengandungi dompet berisi wang tunai RM70, dua buah telefon bimbit dan dua utas jam tangan yang kesemuanya bernilai RM1,400.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Muhammad Amiruliqram didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan Sembilang, sebelah stesen Petronas Jalan Tenaga, Cheras, di sini pada pukul 2 petang, 28 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang mengadakan pertemuan pertama dengan mangsa telah menjemput wanita itu untuk keluar bersama.

Dalam perjalanan, tertuduh yang memandu kereta berhenti di sebuah stesen minyak dan meminta mangsa membeli gula-gula dengan memberinya wang berjumlah RM4.

Bagaimanapun sebaik mangsa selesai membeli gula-gula, dia mendapati tertuduh telah melarikan diri bersama beg tangan mangsa yang ditinggalkan dalam kereta itu.

Ketika rayuan Muhammad Amiruliqram, yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda kerana dia perlu menjaga keluarganya.

Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya tertuduh tidak mengulangi perbuatan itu. – BERNAMA

Tags: Kes Curikes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd