• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Datuk’ Yang Ditahan Berhubung Siasatan 1MDB Dibebaskan

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pengarah urusan sebuah syarikat bergelar ‘Datuk’ dibebaskan selepas direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim membenarkan lelaki berusia 48 tahun itu dibebaskan, empat daripada lima individu yang ditahan reman berhubung siasatan 1MDB itu, atas jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM100,000 – RM20,000 daripadanya dalam bentuk tunai dan baki RM80,000 atas jaminan lisan dua penjamin.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazalie Abdul Khairi.

‘Datuk’ itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Dia ditahan di pejabat SPRM pukul 7 malam pada Jumaat.

Setakat hari ini, SPRM menahan lima individu untuk membantu siasatan berhubung 1MDB dan empat daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Pada Jumaat, seorang pengarah sebuah syarikat pembinaan berusia 39 tahun yang merupakan individu pertama ditahan untuk membantu siasatan, dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan RM20,000 dalam bentuk wang tunai dan RM80,000 atas jaminan lisan dua penjamin.

Pada Sabtu, Pengarah Urusan sebuah syarikat berusia 54 tahun bergelar “Datuk” dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan mendepositkan RM20,000 tunai dan RM80,000 atas aku janji lisan dua penjamin.

Semalam, seorang pemilik tunggal sebuah syarikat perdagangan berusia 28 tahun, individu ketiga ditahan berkaitan dengan siasatan itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 – RM10,000 itu dalam bentuk wang tunai dan baki RM40,000 atas jaminan lisan dua penjamin.

Seorang penghantar surat, individu kelima yang ditahan reman pada Ahad masih diletakkan di bawah jagaan SPRM. Reman empat hari beliau akan tamat esok. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd