• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Pemilik Tunggal Syarikat Dibebas Dengan Jaminan RM50K

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pemilik tunggal sebuah syarikat perdagangan yang merupakan individu ketiga ditahan reman berhubung siasatan akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejak Jumaat lepas, dibebaskan dengan jaminan RM50,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim mengeluarkan perintah bebas ke atas lelaki berusia 28 tahun itu dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu RM10,000 dalam bentuk tunai dan RM40,000 jaminan secara lisan oleh dua penjamin.

Lelaki itu ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 iaitu meminta atau menerima rasuah.

Difahamkan lelaki berkenaan ditahan di pejabat SPRM pada 10.45 malam Khamis lepas ketika tampil secara sukarela untuk memberikan keterangan.

Dia dipercayai mempunyai kaitan dengan penghantar surat berusia 27 tahun yang ditahan reman semalam.

Mahkamah Majistret Putrajaya telah mengeluarkan perintah reman terhadap lima individu bagi membantu siasatan berhubung kes 1MDB dengan tiga daripadanya dibebaskan dengan jaminan SPRM. – BERNAMA

Tags: 1MDBpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd