• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komen Mufti Perlis: Bai’ah Pas Tak Jatuh Talak Kalau…

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tujuan berpolitik sepatutnya untuk membina masyarakat dan negara yang lebih baik,” tegas Mufit Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Namun, katanya, adalah sesuatu yang amat buruk apabila politik itu dijadikan sebagai bahan cagaran sehingga memusnahkan rumah tangga dan institusi perkahwinan.

“Alangkah buruk jika politik kepartian itu dijadikan cagaran sehingga memusnahkan rumah tangga. Isteri di rumah kononnya tertalak tiga kerana tindakan suami dalam permainan politik kepartian.

“Teraniaya isteri dan anak-anak di rumah hanya akibat tindakan si suami dalam parti,” ujar beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Justeru Mohd. Asri berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyyah jika yang melafazkan taliq itu tidak berniat talak sekadar untuk meyakinkan ataupun menakutkan, maka talak tidak jatuh.

Namun, katanya, jika dia maksudkan dalam erti kata lain dia memang inginkan talakkan isterinya jika dia melanggar sumpah ataupun janji itu kerana malu ataupun kecewa maka talaknya jatuh berdasarkan niat asalnya.

Pas Pusat sebelum ini mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Kelantan supaya merujuk semula sumpah bai’ah talak tiga ke atas isteri masing-masing.

Amaran tegas itu dikeluarkan ekoran ura-ura ramai wakil rakyat Pas dilaporkan berhasrat meninggalkan parti tersebut dan menyertai parti Islam terbaharu, Gerakan Harapan Baru (GHB).

Menurut Ketua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, sumpah bai’ah bukan perkara baharu dan telah lama menjadi amalan parti itu di Kelantan.

Ini melibatkan semua wakil rakyat sama ada di peringkat parlimen atau negeri wajib mengangkat sumpah berkenaan di hadapan Pesuruhjaya Pas negeru itu.

Isu GHB menjadi perhatian dalam kalangan akar umbi Pas susulan khabar angin mengatakan ada sebilangan besar ADUN dan ahli parlimen Pas cenderung untuk meninggalkan parti dan menyertai gerakan itu.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan Pas akan menentang GHB pada pilihan raya akan datang. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=lD_eaTfe6WU

Tags: dr.mazaPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd