• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Enggan Jawab Isu Sumpah Bai’ah

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cuba mengelak daripada menjawab persoalan bahawa beliau boleh dirujuk di bawah sumpah baiah talak tiga sekiranya keluar PAS.

Sebaliknya, pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) itu berkata beliau hanya berpegang kepada kenyataan Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa sumpah bai’ah tidak boleh dikaitkan dalam politik.

“Saya bukan ahli agama jadi saya berpandu kepada pandangan mufti negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pasma dan GHB peringkat negeri di sini, Jumaat.

Terdahulu Mufti negeri, Wan Salim menegaskan sumpah baiah talak tiga oleh semua wakil rakyat PAS sama sekali tidak sah dan tidak seharus dikaitkan dengan politik.

Isu sumpah baiah berbangkit ekoran tindakan wakil rakyat PAS menubuhkan parti Gerakan Harapan Baharu (GHB) selePAS kalah dalam pemilihan pada Muktamar PAS ke-61.
Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob telah menegaskan, perkara itu terkandung dalam lafaz baiah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat PAS di negeri tersebut sejak 2004.

Mat Sabu yang masih mengaku dirinya masih sebagai ahli PAS, berkata isu keahliannya akan dipecat secara automatik selepas GHB berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Penubuhan (RoS) kelak.

“Keahlian PAS saya akan dengan sendiri terkeluar apabila saya menyertai parti lain,” katanya.

Menurutnya, parti yang berdaftar itu akan menggugurkan perkataan ‘Gerakan’ dan ada cadangan untuk guna Parti Progresif Islam.

“Kami masih belum menetapkan nama parti dan kami sedang berurusan dengan Jabatan Pendaftaran (RoS) bagi menetapkan satu nama parti yang sesuai. Hanya RoS mempunyai kuasa untuk menilai dan meluluskan sesuatu nama parti,” katanya.

Sementara itu, ditanya siapa yang akan mengetuai parti politik baharu tersebut kelak sebagai presiden, Mat Sabu berkata perkara berkenaan hanya akan diputuskan apabila parti politik baharu itu diluluskan secara rasmi. – mStar Online

Tags: GHBMat Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Korbankan Prinsip Demi Tegakkan Keadilan Tumbangkan BN – Mat Sabu

Kit Siang Korbankan Prinsip Demi Tegakkan Keadilan Tumbangkan BN – Mat Sabu

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengimbau jasa veteran DAP, Lim Kit Siang yang...

Mat Sabu Boleh Jadi Menteri, Takkan Shahrol Shiro Tak Boleh Jadi Pengajar Sambilan UKM?

Mat Sabu Boleh Jadi Menteri, Takkan Shahrol Shiro Tak Boleh Jadi Pengajar Sambilan UKM?

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail mempersoalkan kritikan terhadap pelantikan pelawak dan penggiat seni...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd