• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murah Rezeki Di Hari Raya, Bapa Mithali Ini Dapat Kereta?

oleh AK-47
27/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAMBAR viral seorang bapa yang membawa tiga orang anaknya pulang ke kampung halaman dengan hanya menaiki sebuah motosikal baru-baru ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada ramai netizen.

Kisah yang menyentuh perasaan masyarakat kita ini mula mendapat perhatian luas sejak ia mula dikongsikan orang ramai di laman media sosial Facebook baru-baru ini.

[SIKAP MURNI YANG DITUNJUKKAN BAPA MITHALI INI PATUT DICONTOHI]

GAMBAR viral seorang bapa yang membawa tiga orang anaknya pulang ke kampung halaman dengan menaiki sebuah motosikal baru-baru ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada netizen.

Murni sungguh hati orang Malaysia, rezeki bapa mithali bersama tiga orang anaknya dilihat semakin murah khasnya di bulan yang mulia ini.

Terbaharu, seorang individu pemurah dikatakan mahu memberikan kereta terpakai jenis Proton Satria yang masih berada dalam kondisi yang baik kepada lelaki itu untuk keselesaan anak-anaknya.

[TAYAR MOTOR PANCIT? SILA CALL BAPA MITHALI DALAM GAMBAR VIRAL INI]

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang mengagumi usaha serta niat murni rakyat Malaysia yang saling membantu orang yang berada dalam kesusahan.

WM1

Tersentuh pagi ni dengan cerita bro EX5 dengan 3 orang anaknya balik beraya dari Sepang ke Penang, yang menjadi viral di arus media sosial minggu terakhir Ramadhan yang lepas!

Kagum aku kat bro tu.. lantas otakku mengimbau kepayahan ayah aku membesarkan kami adik-beradik.

Bertambah kagum ada umat yang sanggup nak sedekahkan Proton Tiara second yang masih dalam kondisi yang baik untuk bro tu supaya anak-anaknya akan lebih selesa.

Tahniah rakyat marhaen! Banyak yang tampil menghulurkan sumbangan.

#KaumenteriApaTahu

Selain itu, ada lagi beberapa individu yang dikatakan mahu membantu lelaki ini dengan memberikan kereta lama mereka yang tidak lagi dipakai semata-mata untuk memudahkan perjalanan mereka sekeluarga selesa dan selamat di hari raya yang akan datang.

Sememangnya rezeki Tuhan harus diagih-agihkan kepada yang lebih memerlukan, semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lebih bermakna kepada mereka sekeluarga.

Syabas kepada orang ramai, ini membuktikan rakyat Malaysia masih peka dan prihatin dengan golongan yang memerlukan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Syfq Akhir

Tags: gambar viralkisah virallelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd