• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan Kenal Pasti 3 Daerah Tumpuan Gajah Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
24/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri Terengganu mengenal pasti tiga daerah menjadi tumpuan gajah liar di negeri ini, terutamanya ketika tibanya musim buah-buahan.

Pengarah PERHILITAN negeri Yusoff Shariff berkata lokasi tersebut ialah kawasan Air Putih dan Pasir Gajah di Kemaman, Hulu Seladang di Setiu dan daerah Hulu Besut.

Katanya sepanjang tahun ini pihaknya berjaya menangkap dan memindahkan tiga ekor gajah liar dari lokasi berkenaan setelah menerima aduan daripada penduduk yang mendapati haiwan berkenaan merayau-rayau dan merosakkan tanaman kebun.

“Saya berharap penduduk akan terus memberi kerjasama melaporkan kepada kita jika terdapat kehadiran gajah di kawasan mereka… mereka juga diminta tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengusir gajah-gajah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas operasi memindahkan seekor gajah liar di Hulu Seladang Setiu, petang semalam.

Mengenai operasi pemindahan itu, Yusoff berkata gajah jantan berusia antara 12 dan 13 tahun itu telah ditangkap pada 14 Julai lepas oleh petugas Unit Gajah Perhilitan Terengganu, namun hanya dapat dipindahkan semalam berikutan cuti hari raya.

Katanya gajah jantan seberat kira-kira 2 tan itu dipercayai tersesat daripada kumpulannya hingga memasuki kawasan kebun penduduk di Hulu Serdang.

Yusoff berkata gajah jantan akan dipindahkan ke kawasan Taman Negara Sungai Deka di Hulu Terengganu.

Operasi pemindahan gajah pada petang semalam petang itu turut melibatkan pasukan petugas dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah dengan dibantu dua ekor gajah denak dari pusat berkenaan. – BERNAMA

Tags: gajahPerhilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd