• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Laluan Komuniti ASEAN’ Tarik Perhatian Murid Mengenai ASEAN

oleh Ahmad Albab
22/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) di sini mewujudkan ‘Laluan Komuniti ASEAN’ serta melaksanakan pelbagai program membina seperti sesi penerangan dan kuiz sebagai usaha menarik perhatian murid mengenai ASEAN dan pembentukan Komuniti ASEAN.

Guru Besarnya Khamisah Noor Md Zin berkata maklumat mengenai komuniti ASEAN perlu disampaikan secara kreatif dan santai kepada murid bagi memudahkan mereka memahami usaha yang diterajui oleh Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini.

“Semua sekolah memang diarah untuk memberi penerangan kepada pelajar mengenai Komuniti ASEAN, jadi kami memilih untuk membuat laluan yang mudah untuk dilihat oleh mereka selain menyampaikan maklumat secara santai,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata melalui usaha yang dijalankan pihak sekolah sejak Januari lepas, murid telah menunjukkan maklum balas yang positif setiap kali ditanya oleh guru mengenai ASEAN.

“Sekarang murid sudah pandai, bila kita cerita (mengenai ASEAN) mereka balik dan cari di Internet, nanti dia akan tanya cikgu semula.

“Memang nampak perubahan bila mereka tahu ASEAN itu terletak di mana, berapa negara anggota, budaya dan kepentingan negara ASEAN terutama murid tahun empat, lima dan enam,” kata Khamisah Noor.

Guru bimbingan dan kaunseling sekolah itu, Mazli Sham Abdullah berkata beliau menggunakan pendekatan carta minda untuk memudahkan murid memahami matlamat komuniti ASEAN.

“Pihak Kementerian Pendidikan memang menyediakan maklumat kepada sekolah, tetapi kami rasakan murid lebih mudah faham jika disampaikan dalam bentuk carta berbanding nota, jadi kami juga ada membuat carian di Internet untuk mendapatkan maklumat,” katanya.

Selain itu, katanya, kuiz selama lima minit turut diadakan seminggu sekali bagi menggalakkan murid mendapatkan maklumat yang tersedia di laluan itu.

“Kami memberikan hadiah seperti peralatan sekolah untuk jawapan yang betul dan nampaknya murid seronok bila kami buat kuiz seperti itu,” katanya.

Ditubuhkan pada 1967, ASEAN dianggotai 10 negara iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

Tags: ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd