• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musang Fennec, Kuang Telinga Biru Tarikan Baru Langkawi

oleh Ahmad Albab
21/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Selepas menerima satu lagi pengiktirafan daripada TripAdvisor baru-baru ini, Taman Hidupan Liar Langkawi di sini kini membuat persiapan untuk mempamerkan satu lagi tarikan terbarunya bagi memberi peluang kepada pengunjung mengalami suasana interaksi ‘liar’ yang unik.

Pengurus besarnya Teoh Cheng Kung berkata seekor musang fennec dan seekor burung kuang telinga biru merupakan tambahan terbaru kepada kira-kira 100 spesies hidupan liar yang terdapat di taman berkenaan, yang mendapat sijil kecemerlangan daripada laman pengembaraan terbesar dunia itu.

“Haiwan baharu ini akan hanya dapat dilihat selepas cuti Hari Raya nanti. Kami menerima haiwan itu baru-baru ini dan mereka memerlukan masa secukupnya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan membebaskan diri daripada tekanan,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, musang Fennec, sejenis mamalia omnivor kecil yang aktif pada waktu malam, banyak terdapat di gurun Sahara dan hidup dengan memakan serangga serta roden.

“Pengunjung ke taman kami tentu akan tertarik dengan musang ini kerana ia memiliki ciri fizikil yang unik seperti telinga yang besar dengan tubuh yang yang kecil untuk menjadikannya kelihatan sungguh comel,” katanya.

Teoh berkata burung kuang telinga biru pula adalah sejenis unggas nadir dan cantik yang berasal dari tengah China.

“Ia agak besar dan sudah tentu akan menjadi satu lagi tarikan utama di taman ini, terutama kerana warna bulunya yang indah dan berwarna-warni,” katanya.

Menurut Teoh, di samping dua tarikan terkini itu, pengunjung ke taman ini juga dapat melihat buaya, ikan Arapaima, pelbagai spesies burung dan beraneka jenis haiwan lain.

Taman yang terletak di Kampung Belanga Pecah kira-kira 13km dari pekan Kuah ini, dikunjungi purata 400 pelawat sehari pada bukan musim puncak dan kira-kira 700 pada musim cuti.

“Antara keistimewaan di taman kami ialah wujudnya interaksi antara pengunjung dan haiwan. Taman lain mungkin tidak membenarkan pengunjung memberi makan kepada haiwan, tetapi kami membenarkan mereka berbuat begitu dan malah menyediakan makanan yang sesuai untuk dijamu kepada hawian oleh pengunjung,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/9LD_5hAsGY4

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd