• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rakam Keterangan Daripada Melanyi

oleh Ahmad Albab
22/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis sudah mendapatkan keterangan daripada bekas pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi berikutan pendedahannya berhubung komplot oleh pembangkang dan pengendali laman web Sarawak Report untuk memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata pegawai dari Bukit Aman berada di Kuching pada 17 dan 18 Julai untuk merakamkan kenyataan Melanyi dan polis Sarawak membantu proses yang dikendalikan sepenuhnya oleh Bukit Aman itu.

“Mereka juga telah merampas beberapa peralatan komputer. Tiada tangkapan dibuat,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Baru-baru ini Melanyi mendedahkan hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Najib.

Saya Bertemu Justo.. Dedah Lester Dalam Video Kedua

Melanyi turut mengakui menemui bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier Andre Justo, yang menyerahkan 10 peratus dokumen berkaitan 1MDB kepada pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. – BERNAMA

Tags: 1MDBpolisSarawak Report
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mengimbau kejayaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional...

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd