• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabur Fitnah Sebab Cemburu Kejayaan BN Tadbir Negara

oleh Ahmad Albab
20/07/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Fitnah yang ditaburkan kepada pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini adalah atas sebab mereka cemburu dengan kejayaan BN memerintah Malaysia, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata ada pihak luar termasuk mereka di dalam negara yang mahu melihat kegagalan kerajaan BN untuk membela nasib rakyat dan negara ini selain menjatuhkan kerajaan yang memerintah melalui beberapa tuduhan yang tidak berasas.

“Ada pihak yang tidak puas hati dengan kejayaan kita (BN) hari ini dan kalau boleh mereka mahu gagalkan usaha kita untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tajaan program haji 1Malaysia daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 70 penerima dari Terengganu hari ini di sini.

Razif berkata suatu masa nanti segala tuduhan itu akan terungkai dengan adanya beberapa bukti yang menjelaskan bahawa apa yang dikatakan sebelum ini adalah satu fitnah semata-mata dan ia mempunyai agenda tersembunyi.

Berkenaan program haji 1Malaysia itu beliau berkata ia merupakan satu daripada program amal (CSR) yang dilaksanakan 1MDB khas untuk masyarakat Islam di negara ini.

Katanya sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu, kira-kira 1,000 umat Islam yang terpilih telah berpeluang untuk menunaikan haji di Makkah setiap tahun.

“Kami berharap kuota penerima program ini dapat ditambah lagi pada masa hadapan khasnya dari Terengganu iaitu daripada 70 tahun ini kepada 200 orang tahun hadapan melalui tajaan daripada 1MDB dan kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahmanfitnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz mengingatkan rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan Johor dengan terpengaruh kepada...

Mereka Berkempen Dengan Tomahan Dan Fitnah, Kepada Allah Kita Berserah – Onn Hafiz

Mereka Berkempen Dengan Tomahan Dan Fitnah, Kepada Allah Kita Berserah – Onn Hafiz

26/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seluruh Bangsa Johor diharap dapat membezakan antara kaca dan bermata ketika berdepan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd