• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontraktor Maut Dalam Kejadian Tembak Di Johor

oleh Ahmad Albab
20/07/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor mati ditembak diKampung Jaya Pakat, Senai, petang semalam, hanya selang lima hari kejadian seorang pemandu lori turut ditembak mati di Skudai, Khamis lalu.

Kejadian kira-kira 4.30 petang semalam berlaku ketika mangsa A. Sriraman baru keluar dari rumahnya dan hendak mengundurkan motosikal untuk pergi bekerja.

Ketua Polis Daerah Kulai Jaya, Superintendan Razak Md Said berkata dua lelaki bertopeng kemudian menghampiri perkarangan rumahnya menggunakan sebuah Myvi, sebelum seorang daripada suspek keluar dan melepaskan empat das tembakan ke arah mangsa.

“Tembakan itu mengenai kepala, leher, rusuk dan bahagian belakang badan mangsa,” kata Razak ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurutnya, isteri mangsa dan tiga orang anaknya selamat kerana kebetulan berada di dalam rumah ketika kejadian.

Mangsa meninggal dunia sewaktu dibawa ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, di Kulaijaya di sini.

Razak berkata siasatan awal mendapati mangsa mempunyai rekod jenayah lampau beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat yang turut dihubungi, mengesahkan kes berkenaan tidak berkait dengan dua lagi kejadian iaitu kes tembak di Skudai (Khamis) dan kes tetak di Nusajaya awal pagi semalam.

“Kejadian dilakukan oleh geng berlainan. Usaha untuk mengumpul bukti dan maklumat lanjut sedang dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes tembakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd