• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tak Bergantung Kepada Kelemahan Parti Lain

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak perlu ‘menangguk di air keruh’ di atas perpecahan yang berlaku terhadap parti lain, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata parti keramat orang Melayu itu berdiri di atas kekuatan sokongan yang lahir daripada anggota yang setia terhadap perjuangan parti serta pemimpin yang disenangi rakyat.

Beliau berkata perpecahan dalam PAS sehingga parti baharu mahu ditubuhkan iaitu Gerakan Harapan Baharu bukan bermakna secara automatik UMNO boleh senang hati dan mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya akan datang.

“Kita tidak boleh alpa dengan perpecahan itu sebaliknya terus mengukuhkan perpaduan dan kesetiaan kepada kepimpinan parti,” katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Darul Falah di sini, hari ini.

Isnin lepas, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.

Mengulas lanjut, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata UMNO tidak gentar dengan kewujudan kumpulan serpihan itu yang turut disifatkan oleh PAS sendiri sebagai golongan yang kecewa selepas ditolak dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PAS Arah Penyokong Undi BN Di Kerusi Tidak Ditandingi PN

PRN Johor: PAS Arah Penyokong Undi BN Di Kerusi Tidak Ditandingi PN

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon Umno-Barisan Nasional (BN) di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN)...

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd