• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Festival Daging Raya Kedah Jual Daging RM19 Sekilo

oleh Ahmad Albab
15/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bermula hari ini hingga esok, rakyat di Kedah boleh mendapatkan daging lembu antara RM19 hingga RM22 sekilo pada Festival Daging Raya di perkarangan stadium Darul Aman dan beberapa pusat jualan lain.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata harga tersebut lebih murah berbanding di tempat lain yang dijual antara RM27 hingga RM30 sekilo.

Beliau berkata ia bertujuan membantu mengurangkan perbelanjaan rakyat bagi menyambut Aidilfitri.

“Hari ini kita sembelih 30 ekor lembu, esok 40 ekor yang harganya lebih murah berbanding di luar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan festival itu yang menyaksikan sambutan daripada lebih 2,000 orang pembeli.

Program itu dilakukan kerajaan negeri melalui kerjasama syarikat berkaitan kerajaan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (KLLPK).

KLLPK memperuntuk 70 ekor lembu sebelum dijual di perkarangan stadium dan daerah lain seperti Pendang, Naka, Bukit Kayu Hitam, Kuala Nerang, Kulim, Sungai Petani, Sik, Gurun, Kuala Ketil dan Pokok Sena.

Namun setiap pembeli hanya dihadkan sebanyak tiga kilogram daging bagi membolehkan lebih ramai memperolehnya. – BERNAMA

 

Tags: dagingHari Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FELCRA Keluar Ayam, Daging, Beras, Minyak Masak Tahun Ini

FELCRA Keluar Ayam, Daging, Beras, Minyak Masak Tahun Ini

24/01/2023
0

Kuala Lumpur : FELCRA Berhad akan mula mengeluarkan ayam daging, beras dan minyak masak mulai tahun ini melalui Pelan Transformasi...

Haram Makan Jika daging Haiwan Beri Mudarat

30/11/2021
0

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menjelaskan orang Islam boleh memakan da­ging...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd