• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Laporan Awal Audit Tak Temui Sebarang Salah Laku

oleh Ahmad Albab
15/07/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan awal oleh Ketua Audit Negara yang menyiasat aktiviti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menemukan sebarang bukti salah laku, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Sehubungan itu, dakwaan tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak termasuk berkenaan ‘kehilangan’ RM42 bilion dan pemindahan US$700 juta kepada individu tertentu tidak berbangkit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata yang menjadi tumpuan sekarang ialah pelan rasionalisasi dengan kerajaan komited untuk menyelesaikan isu berhubung hutang 1MDB.

Tujuan muktamad pelan rasionalisasi ini ialah mengimbangi semula aset dan hutang 1MDB bagi menyokong struktur kewangannya yang akan memastikan kemampanannya pada masa depan, kata beliau.

“Adalah menjadi harapan saya agar semua dakwaan tidak berasas ini dihentikan. Kita harus kekal bersabar dan menunggu laporan akhir oleh AG (Ketua Audit Negara) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),” kata Ahmad Husni. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd