• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Super: JDT Rapatkan Jurang Mata Dengan Pahang

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan rekod tanpa kalah di laman sendiri sejak Ogos 2013 selepas melakar kemenangan selesa 3-1 ke atas Selangor pada aksi tunggal liga di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan meraih 31 mata, kekurangan dua mata di belakang Pahang yang masih mendahului carta Liga Super selepas 15 perlawanan.

Pada aksi yang disaksikan hampir 11,000 penyokong itu, JDT berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-11 selepas Mohd Amri Yahyah menyepak masuk hantaran daripada penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa.

Tersentak dengan gol itu, Selangor kembali menyusun corak serangan dan meraih gol penyamaan menerusi pemain import dari Indonesia, Andik Vermansah hasil sepakan percuma pada masa kecederaan babak pertama.

Ketika permainan pada babak pertama hampir berakhir dengan keputusan seri 1-1, Figuero kembali meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan selepas menanduk masuk hantaran silang daripada S. Kunalan untuk menjadikan keputusan 2-1.

Sebaik sahaja perlawanan bersambung, kedua-dua pasukan saling mengasak kubu lawan, namun nasib lebih menyebelahi JDT yang mengesahkan kemenangan menerusi sepakan percuma menarik daripada Figueroa pada minit ke-79.

Keputusan 3-1 itu kekal sehingga tiupan wisel penamat daripada pengadil, Samsudin Ibrahim.

Perlawanan berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Julai lepas ditunda pada hari ini kerana JDT terlibat dengan aksi persahabatan menentang kelab Liga Jerman, Borussia Dortmund pada 9 Julai.

Liga Malaysia akan berehat seketika bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri selain persiapan skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh bagi menghadapi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Julai ini. – BERNAMA

Tags: JDTLiga Super
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd