• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rokok Seludup Banjiri Pasaran Sarawak

oleh Ahmad Albab
27/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Rokok seludup dikesan membanjiri pasaran Sarawak, kata Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil.

Beliau berkata sebagai langkah untuk memberi kesedaran tentang bahaya rokok seludup, pihaknya akan menyalurkan maklumat berterusan termasuk menerusi penganjuran karnival kesihatan.

“Ketika ini masalah utama yang dihadapi ialah kebanjiran rokok seludup. Lebih malang pembeli tidak mengetahui kandungan bahan di dalam rokok seludup.

“Kita berharap menerusi penganjuran karnival kesihatan ini, masyarakat akan memperolehi maklumat lebih tepat mengenai bahaya itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karvival Sihat 2014 di Klinik Kesihatan Batu Kawa, di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Jerip memuji usaha agensi kerajaan dan swasta bekerjasama menganjurkan karnival kesihatan itu bagi menggalakkan gaya hidup sihat.

Katanya selain pameran mengenai bahaya rokok seludup, maklumat tentang bahaya membeli ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga disediakan pada karnival itu.

“Ambil peluang pameran yang disediakan hari ini kerana kita mahu masyarakat belajar dan sedar bahaya membeli ubat tanpa kelulusan,” katanya.

Sementara itu, Jerip berkata sebanyak 34 kes demam denggi dicatatkan di seluruh Sarawak minggu lalu dengan Sibu sebagai kawasan paling berisiko, mencatatkan 20 kes.

“Biarpun begitu, masalah denggi di negeri ini masih terkawal. Secara keseluruhan 34 kes dicatatkan minggu lalu, jumlah kes yang dilaporkan berkurang berbanding minggu sebelumnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rokoksarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd