• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Diminta Beri Kerjasama Kepada Pasukan Petugas Khas

oleh Ahmad Albab
11/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu bekerjasama dan membantu Pasukan Petugas yang menjalankan penyiasatan terhadapnya, kata naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Beliau berkata setiap orang daripada syarikat pelaburan strategik itu perlu bekerjasama dengan pasukan berkenaan dengan menyediakan dokumen serta bahan bagi memudahkan penyiasatan.

“Apabila ada orang menuduh anda dan sekiranya anda tidak melakukan kesalahan, maka anda perlulah membenarkan siasatan dijalankan untuk membuktikan anda tidak bersalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis suai kenal anggota baharu MCA Pulau Pinang di sini hari ini.

Jumaat lepas, The Wall Street Journal menyiarkan laporan yang mendakwa hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana 1MDB disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selasa lepas, Peguam Negara Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan pembentukan pasukan petugas khas itu untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Sementara itu, Chew, yang juga pengerusi MCA Pulau Pinang, berkata anggota parti itu perlu mengikuti perkembangan krisis antara DAP dan PAS secara teliti agar mereka dapat memberi respons sewajarnya apabila diperlukan.

Beliau berkata hubungan antara dua parti itu ibarat cinta tiga segi, dengan masing-masing mempunyai prinsip, dasar dan ideal berbeza.

“Apa yang perlu kita buat sekarang ialah perkukuhkan parti kita bagi mendapatkan kembali keyakinan orang ramai dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Terdahulu, Majlis Syura PAS mengumumkan secara rasmi pihaknya mengekalkan keputusan muktamar parti itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP setelah hubungan mereka dilanda gelora selama sebulan, hingga menggugat kedudukan Pakatan Rakyat. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd