• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Audit Terhadap 1MDB Akan Selesai Menjelang Akhir Tahun

oleh Ahmad Albab
09/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Audit Negara yakin ia dapat menyelesaikan siasatan terhadap akaun-akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelang akhir tahun ini.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata jabatan itu telah menyelesaikan separuh daripada kerja yang diarahkan oleh kerajaan awal tahun ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan laporan awal mengenai 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bangunan Parlimen hari ini.

“Terdapat banyak dokumen (untuk kami teliti), sesetengahnya telah diterima dan sesetengahnya belum lagi. Kami masih menunggu dokumen tertentu daripada 1MDB,” katanya.

Beliau berkata 1MDB patut diberikan sedikit masa untuk menyerahkan dokumen berkenaan.

“Kami belum lagi selesai melakukan kerja kami dan kami sentiasa berhubung dengan mereka,” katanya.

Ambrin berkata jabatan beliau pada masa sama meneliti perkara-perkara seperti urus niaga PetroSaudi, pembangunan Tun Razak Exchange dan transaksi tanah di Pulau Pinang.

Pada 4 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun-akaun 1MDB.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada PAC yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.

“Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” kata Najib dalam kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd