• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diskaun Tol 10% Kepada Pengguna Lebuh Raya E22 Sempena Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua pengguna Lebuh Raya E22 sempena perayaan Aidilfitri, minggu hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif SDEB Ir Mustaza Salim berkata diskaun itu ditawarkan kepada semua pengguna kenderaan kelas 1 sama ada yang membuat bayaran tol secara elektronik (ETC) di lorong Touch ‘n Go dan SmartTAG atau bayaran tol tunai.

“Potongan 10 peratus itu akan bermula pada 6 pagi 17 Julai hingga 6 pagi 18 Julai ini. SDEB, bagaimanapun, menggalakkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol secara elektronik supaya perjalanan lebih cepat dan selesa terutama pada hari raya pertama hingga ketiga,” katanya menerusi kenyataan, di sini Khamis.

Mustaza berkata diskaun yang ditawarkan itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SDEB.

Beliau berkata SDEB berharap semua pengguna lebuh raya mengamalkan permanduan berhemah pada musim perayaan ini. – BERNAMA

Tags: Tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd