• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Ditahan Reman 4 Hari Susulan Kes Bayi Dikerat 8

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang wanita dipercayai terlibat dengan penemuan mayat bayi perempuan dikerat lapan bahagian, ditahan reman empat hari hingga Ahad bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abdul Rahim Abdul berkata, tahanan reman itu diperolehi walaupun wanita berusia 31 tahun dan belum berkahwin itu masih berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan.

“Orang Kena Tuduh (OKT) masih ditahan di wad (HSB) untuk pemeriksaan doktor,” katanya di dalam satu kenyataan dan menambah, permohonan tahanan reman yang bermula Khamis itu dibenarkan oleh Pendaftar Mahkamah Alor Setar Wan Norfadzilah Wan Ibrahim.

Abdul Rahim berkata beliau tidak pasti bila wanita itu akan dibenarkan keluar daripada hospital.

Dua hari lepas, polis menahan seorang wanita berikutan penemuan mayat bayi yang dikerat kepada lapan bahagian di tangki septik tandas di Kampung Manggol, Mukim Malau, Jitra.

Laporan bedah siasat oleh pihak hospital turut menunjukkan bayi perempuan itu telah meninggal dunia semasa dilahirkan.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – BERNAMA

BACA: Polis Temui Mayat Bayi Dikerat 6 Dalam Tangki Tandas

https://www.youtube.com/watch?v=qLPAJq7uOS0

Tags: bayiWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd