• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Polis Serbu Pejabat 1MDB Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis menyerbu pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur.

Serbuan bermula kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu dan masih berterusan.

Tinjauan The Star mengesahkan bahawa polis telah hadir di pejabat syarikat itu yang terletak di Menara IMC.

Wartawan The Star tidak diberikan akses masuk ke pejabat tetapi telah diberitahu oleh penyambut tetamu bahawa polis dan 1MDB memberi arahan untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk masuk ke pejabat mereka yang terletak di tingkat 8.

“Malah pekerja penghantaran juga tidak dibenarkan masuk kerana mereka tidak mahu diganggu,” kata penyambut tetamu.

Seorang pegawai keselamatan juga berkata rakaman ‘footages’ tidak dibenarkan dibuat di premis Menara IMC.

Di bahagian luar kelihatan tiga kereta peronda polis dan sebuah van.

Satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Peguam Negara Tan Sri Abdul Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah melakukan siasatan terhadap 1MDB.

Pasukan petugas telah membekukan enam akaun bank dan dikatakan menyiasat 17 yang lain yang mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

Pasukan petugas telah merampas dokumen semasa serbuan ke atas syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB – SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang didakwa digunakan untuk menyalurkan dana ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa WSJ.

Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pagi Rabu bahawa pihak polis sedang menyiasat bagaimana Wall Street Journal memperoleh dokumen bank yang dimuat naik di laman webnya semalam. – mStar Online

Tags: 1MDBpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd