• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Yang Membuat Kita Berfikir Tentang Bangsa Lain Di Malaysia

oleh AK-47
27/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun banyak unsur-unsur memecahkan keharmonian antara bangsa-bangsa di Malaysia yang banyak kita dapati dalam media sosial, kami bersyukur rakyat Malaysia masih lagi utuh membina persahabatan dan persaudaraan di antara satu sama lain.

Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan janganlah kita cuba merosakkan keistimewaan itu, sama ada dahulu mahupun sekarang.

Ikuti penulisan di bawah yang membuat kami ‘berhenti seketika’ untuk memahami realiti sebenar hubungan antara kaum di Malaysia.

Aku seorang melayu.

Isteri aku seorang india muslim.

Aku membonceng motorsikal untuk pergi kerja.

Nak elak jalan jem.

Pagi tu macam biasa aku dan bini bersiap nak pergi kerja.

“Bang, angin motor abang kurang la” kata bini aku.

“Ok, abang berenti sekejap kat kedai petronas”.

Sampai di petronas, ada dua kereta beratur untuk isi angin.

Takkan lah aku nak beratur belakang kereta tu.

Nampak macam bodoh jer.

So aku berenti sebelah kereta pertama tu.

Lepas kereta pertama tu berlalu pergi, kereta kedua terus melulu ke arah pam angin dengan laju. dia membunyikan hon kuat.

“PONNNNNNNNNNNN!”

Aku perhatikan seorang ahmoi. dia menurunkan tingkap dia,

“Hello! saya punya turn dulu ok! u wait for me la!”

“Ye ye, saya tahulah!” aku jawab.

Lepas ahmoi tu isi angin, dia pun terus blah.

Aku cakap dengan bini aku.

“Tengok tu cina perangai macam mana! berlagak! dah la menumpang duduk malaysia!” aku berkata pada bini.

“Jangan marah cina bang, ada juga yang baik” bini aku menjawab.

Balik kerja pun sama.

Tayar pancit.

Aku berhenti di stesen minyak.

Ada satu kereta sudah sampai dulu.

Seorang uncle cina.

Dia menarik hos pam kemudian menghulurkan pada aku.

“Lu isi dulu la” uncle tu mengarah aku.

“Eh, uncle sampai dulu uncle la isi.” aku cuba menolak.

“Aiya! saya punya kereta 4 tayar ma! lu punya dua saja. Saya tunggu lu sikijap, lu tunggu saya lama nanti!” jawab uncle itu.

“Baik juga uncle cina ni”. bisik hati kecil aku.

Kesimpulan: baik dan buruk bukan terletak pada warna kulit. Ia terletak pada hati.

Sumber: Malaysians Againts Racism

Oleh: hzqahmd

Tags: Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd