• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Sedang Disiasat, Kata Arul Kanda

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengulangi penegasan berhubung pendiriannya sebelum ini bahawa jika terbukti wujud sebarang salah laku, maka pihak berkuasa yang sah boleh mengambil tindakan mengikut proses dan undang-undang negara yang ditetapkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pelaburan strategik itu turut menegaskan, ia telah berulang kali membuat penjelasan terhadap tuduhan yang dilontarkan oleh pelbagai pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua serta kumpulan media The Edge.

“1MDB memberi kerja sama sepenuhnya terhadap semua pertanyaan ini. Segala bukti berkaitan syarikat ini telah dan akan terus dikongsi bersama pihak berkuasa yang berkaitan,” kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tertentu dikaitkan dengan Pua dan yang disiarkan secara dalam talian hari ini yang mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan diambil terhadap 1MDB.

Menurutnya, Pua juga mengelak untuk membangkitkan bahawa 1MDB ketika ini menjadi tumpuan siasatan oleh pelbagai pihak berwajib termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“PAC, yang turut dianggotai Tony Pua, adalah pihak berkuasa yang dilantik secara sah untuk menyiasat sama ada RM42 bilion itu telah ‘lesap’ daripada 1MDB.

“Demi kepentingan keadilan dan proses sewajarnya, 1MDB percaya Tony Pua akan mengesahkan bahawa PAC akan menyiasat tuduhan khusus membabitkan ‘kehilangan RM42 bilion,’ sebagaimana desakannya terhadap siasatan bagi tuduhan lain yang melibatkan syarikat ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

Tak Salah Lontar Semula Isu Najib, Rakyat Tolak Najib 2018  – Sheikh Umar

Tak Salah Lontar Semula Isu Najib, Rakyat Tolak Najib 2018 – Sheikh Umar

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mempertahankan Pakatan Harapan (PH) membangkitkan semula isu Najib dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd