• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khas Buat Calon SPM, Jadual Peperiksaan Dah Keluar!

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KHAS untuk para pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun nanti, pastinya laporan ini bukanlah sesuatu yang boleh menggembirakan mereka.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan jadual peperiksaan SPM yang bakal dijalankan bermula 2 November 2015 sehingga 8 Disember 2015.

Buat pelajar mahupun ibu bapa yang masih belum mendapat sebarang informasi tentang jadual tersebut, nah, salin tarikh-tarikh keramat di bawah sebagai persediaan!

BERKAITAN: Dua Tahun Cicir Sekolah Rendah, Dorong Dewi Raih 7A SPM

Hari pertama peperiksaan SPM dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu yang dijadualkan pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.15 pagi untuk kertas satu, dan 2.00 petang hingga 4.30 petang untuk kertas dua.

Pada hari sama juga, peperiksaan bagi subjek Pendidikan Seni Visual (Teori Seni) kertas satu akan dibuat iaitu pada pukul 11.00 pagi hingga 12.15 tengah hari.

Untitled

Pada 3 November iaitu Selasa pula, kertas bahasa Inggeris akan dijalankan iaitu pada pukul 8.00 pagi hingga 9.45 pagi bagi kertas satu dan 10.30 pagi hingga 12.45 tengah hari untuk kertas dua.

Pada waktu petang pula, peperiksaan bagi Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah kertas satu akan dijalankan.

Masuk hari Rabu, dua kertas bagi subjek Sejarah akan dijalankan iaitu kertas pertama pada pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi dan kertas seterusnya pada pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pada hari berikutnya, peperiksaan bersambung dengan kertas ketiga untuk subjek Sejarah iaitu pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi manakala kertas satu bagi subjek Bahasa Arab akan dibuat sebelah petang.

Selepas 5 November, peperiksaan akan direhatkan selama 11 hari dan bersambung pada hari Isnin, 16 November.

Untitled

Pada minggu tersebut, ia diteruskan dengan subjek-subjek teras dan diselang-seli dengan subjek elektif. Hari Isnin dimulakan dengan mata pelajaran Matematik kertas satu pada pukul 8.00 pagi hingga 9.15 pagi, sebelum bersambung dengan kertas dua pada pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pada sebelah petang pula, dua peperiksaan dijalankan serentak iaitu bagi subjek Tasawwur Islam kertas satu dan Bible Knowledge.

Menginjak ke hari Selasa pula, tiga peperiksaan dijalankan serentak pada sebelah pagi iaitu subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral kertas satu serta Pendidikan Syariah Islamiah kertas dua.

Selesai ketiga-tiganya, jadual peperiksaan bersambung dengan subjek Pendidikan Islam kertas dua, Pendidikan Syariah Islamiah kertas satu dan Tasawwur Islam kertas dua.

Pada Rabu, 18 November, sekali lagi peperiksaan direhatkan sebelum bersambung keesokkan harinya dengan subjek Prinsip Perakaunan kertas satu dan dua, serta Bahasa Arab kertas dua.

Masuk minggu ketiga, keempat dan kelima peperiksaan, kesemua subjek yang ditawarkan merupakan subjek elektif, antaranya Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, Fizik, Perdagangan dan Geografi.

Bagi yang masih tak cukup jelas dengan jadual SPM mahupun kedudukan kertas peperiksaan mengikut hari dan waktu, anda bolehlah membuat rujukan di pautan di bawah dan muat naiknya sendiri.

JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2015

Berbaki lagi beberapa bulan sebelum menjelangnya SPM, rasanya adik-adik yang kini berada di tingkatan lima mahupun calon persendirian sudah boleh mula membuat pecutan terakhir sebelum tiba tarikh berkenaan.

Tak rugipun anda korbankan masa sekarang untuk belajar bersungguh-sungguh demi keputusan cemerlang dalam keputusan SPM, sekaligus boleh melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi. Selamat maju jaya ya, adik-adik! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Keputusan SPM 2014

Tags: Kementerian PendidikanpelajarpeperiksaanSPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd