• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Semula Masjid Kampung Baru Bermula 2011 – 1MDB

oleh Ahmad Albab
29/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berkata pembangunan semula masjid Kampung Baru bermula pada 2011, bercanggah dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak baru-baru ini.

Syarikat itu kesal pelbagai pihak telah menggunakan projek pembangunan semula masjid itu sebagai alat untuk memenuhi agenda mereka sendiri.

“Pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru kali pertama diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke Kampung Baru pada 5 Feb, 2011,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB berkata kerja pembinaan untuk mengubah masjid itu menjadi pusat masyarakat utama bagi penduduk Kampung Baru bermula pada 2012.

Kerja-kerja dijadual siap sepenuhnya akhir Julai tahun ini, kata syarikat itu sambil menambah, masjid tersebut akan berfungsi sebagai pemangkin utama bagi pembangunan terancang Kampung Baru.

Syarikat itu juga menyatakan Yayasan 1MDB telah menyumbang RM20 juta kepada projek pembangunan semula masjid tersebut daripada awal pembangunannya pada 2011 hingga sekarang.

“Pembangunan semula masjid Kampung Baru adalah satu daripada banyak aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh Yayasan 1MDB, berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama,” kata 1MDB.

Bagi maklumat lanjut mengenai aktiviti CSR 1MDB boleh melayari laman webnya, http://www.1mdb.com.my/csr/summary. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=CJvQsz2pyro

Tags: 1MDBmasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd