• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Animasi Tempatan Yang Modal RM4 Juta Tetapi…

oleh AK-47
30/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMINAT-peminat animasi di Malaysia rata-ratanya sudah terlalu lama ‘berkiblatkan’ Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Kita mungkin masih ingat, ketika zaman kecil siri-siri animasi seperti Dragon Ball, Pokemon, Samurai X, mahupun kartun Mickey Mouse adalah sebagai peneman ketika berada di rumah, kerana program kartun tersebut adalah sangat mengujakan.

Kemajuan Jepun dan AS dalam industri ini boleh dikategorikan sebagai pioneer kepada beberapa negara yang lain termasuk negara kita.

Barang kali anda tentu ingat siri kartun Usop Sontorian, Kluang Man, Kampung Boy dan banyak lagi.

Sehingga ke hari ini, industri animasi negara nampaknya semakin berkembang pesat seperti siri animasi Boboiboy  dan Upin dan Ipin yang mendapat sambutan menggalakkan dari penonton tempatan serta luar negara.

Upin dan Ipin juga mendapat ruang slot tayangan di saluran Disney di mana ia adalah suatu yang dikira cukup berprestij.

Jelas sekali sambutan terhadap animasi tempatan adalah amat baik sekali.

Malangnya tidak semua animasi tempatan akan menerima sambutan menggalakkan dan berjaya seperti Upin dan Ipin.

Oh! La La yang merupakan filem animasi muzikal pertama Malaysia di mana baru sahaja menamatkan tayangan di pawagam dan sambutannya adalah amat mengecewakan.

oh-la-la

Filem ini dikatakan mengambil masa selama tiga tahun dan menelan belanja RM4 juta tetapi hanya berjaya mengumpul hasil RM37,000 selepas 12 hari tayangan.

Jumlah ini adalah amat mengejutkan bagi sebuah filem yang ditayangkan di 47 buah pawagam seluruh negara. Secara purata congak matematik hanya 6 orang menonton filem ini setiap hari di setiap pawagam.

Di manakah silapnya sehingga jumlah kutipan sebuah filem yang mendapat dana dan sokongan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini gagal teruk di pawagam.

Secara peribadi kami sendiri pun hanya mengetahui kewujudan filem animasi selepas mendengar berita mengenai kerugian yang dikira amat tidak masuk akal. Apakah pendapat anda? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Sumber: FINAS, THR

Tags: ANIMASIMalaysiaSyarikat Tempatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd