• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nyamuk Lebih Tertarik Kepada Bau Badan

oleh Ahmad Albab
30/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Mengikut satu kajian ke atas pasangan kembar, DNA atau baka genetik seseorang adalah faktor utama menjadikan mereka lebih disukai oleh serangga kecil.

Kajian itu mengenal pasti gen terbabit dan mampu membantu saintis menghasilkan racun pembunuh nyamuk.

Saintis sudah menemui mengapa nyamuk lebih tertarik kepada individu tertentu berbanding individu lain dan mereka percaya seseorang yang diserang itu patut menyalahkan ibu bapa sendiri.

Buat kali pertama, saintis menemui sebab genetik mengapa segelintir daripada kita seolah-olah menjadi ‘magnet’ kepada nyamuk, mengikut kajian perintis oleh Fakulti Kebersihan dan Perubatan Tropika London.

Ia diterbitkan dalam edisi terbaru majalah sains, PLOS ONE. Untuk mengenal pasti punca itu, saintis melepaskan nyamuk Aedes dalam tiub yang terbahagi kepada dua bahagian.

Serangga itu diberikan pilihan untuk memilih bahagian mereka. Pada hujung setiap tiub adalah sepasang kembar manusia. Lapan belas kembar seiras dan 19 kembar tak seiras menawarkan diri secara sukarela sebagai ‘habuan’ nyamuk.

Rahsia Kenapa Nyamuk Suka Terbang Atas Kepala Kita

Saintis terbabit memerhatikan, pasangan kembar seiras memiliki tarikan sama daripada nyamuk, sementara kembar tidak seiras mempunyai tarikan berbeza. Mereka mengatakan wujud komponen magnetik yang menarik perhatian serangga itu.

Kembar seiras mempunyai gen sama. Namun kembar tidak seiras memiliki gen berbeza. Gen terbabit menjadikan manusia menjadi daya penarik kepada nyamuk menerusi bau mereka terhadap serangga itu.

Kajian itu menyokong kajian terdahulu yang menunjukkan bau badan memainkan peranan. Ia mendapati mereka yang mempunyai lebih banyak bakteria tertentu pada kulit akan menjadi sasaran.

Sama seperti mereka dengan darah jenis O, dikaitkan dengan bauan tertentu pada peluh mereka.

Hal ini juga ditemui dalam kes wanita hamil, apabila suhu purata tubuh meningkat kepada 1.26 darjah Celsius menyebabkan wanita itu lebih mudah berpeluh.

Begitu juga individu yang mempunyai berat badan berlebihan, mereka menjadi faktor tarikan kepada nyamuk. – Agensi

 

Tags: kesihatanNyamuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Ekonomi Dan Kesihatan Harus Seimbang – Ismail Sabri

01/02/2021
0

GOMBAK - Kerajaan perlu memastikan kehidupan dan kesihatan rakyat dalam keadaan seimbang dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd