• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Belum Jadi Pengerusi MARA Waktu Itu – Annuar

oleh Ahmad Albab
26/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa menegaskan pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne, Australia oleh agensi itu dilakukan sebelum beliau dilantik sebagai Pengerusi MARA.

Menurutnya, pembelian aset itu dibincangkan pada tahun 2012 dan diluluskan Majlis MARA pada 21 Februari 2013 sedangkan beliau dilantik sebagai Pengerusi MARA pada akhir 2013.

“Oleh kerana masa itu saya belum menjadi Pengerusi MARA dan terlibat dengannya. Maka sekarang saya terpaksa banyak membaca dan meneliti rekod rekod lama bagi membolehkan saya mamahaminya.

“Penelitian ini telah beberapa lama saya buat walau kadang kala sukar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin DAP dan PAS hari ini mendesak supaya Annuar dipecat kerana didakwa bertanggungjawab dalam isu pembelian hartanah tersebut.

Akhbar The Age sebelum ini mendakwa pegawai-pegawai Mara terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.7 juta) bagi pembelian pangsapuri yang dijadikan kediaman pelajar Malaysia di Australia.

Annuar dalam pada itu memberi jaminan beliau akan menjalankan siasatan ke atas isu tersebut tanpa takut atau menyebelahi mana-mana pihak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Annuar MusaMARA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd