• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Jual Semula Tanah TH Di TRX Masih Diteruskan

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proses penjualan semula tanah milik Lembaga Tabung Haji (TH) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) masih diteruskan dan belum dimuktamadkan sama ada ia akan dibatalkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata keputusan TH sebelum ini untuk menjual semula tanah itu adalah kerana tidak mahu menimbulkan lebih banyak fitnah dan tohmahan terhadap TH, walaupun pembelian aset itu jelas berlandaskan perniagaan dan patuh syariah.

“Proses pembelian tanah ini dibuat dengan rapi, walaupun tawaran daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula pada Mei 2013, tapi ia hanya dibeli pada 2015.

“Ada sesetengah orang tak faham, kalau nilai tanah di TRX diukur oleh badan bebas antarabangsa, harganya mahal dan TH sebenarnya diberi tawaran lebih baik dan pada waktu itu (pada 2013) tanah itu belum dibangunkan.

“Namun setelah pandangan atau persepsi negatif lebih mengatasi daripada perniagaan, untuk tidak mahu timbulkan fitnah, TH ambil keputusan untuk menjual kembali tanah itu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Muhammad Olian ingin tahu adakah keputusan menjual semula tanah seluas 0.63 hektar dalam kawasan TRX itu adalah keputusan muktamad.

Jamil Khir juga memberitahu bahawa berlaku perhimpunan dan demonstrasi di hadapan bangunan TH selain pihaknya turut menerima memorandum daripada badan bukan kerajaan (NGO), yang memperlihatkan kemarahan orang ramai disebabkan persepsi tidak tepat ke atas pembelian tanah itu.

Beliau berkata, rakyat khususnya yang beragama Islam seharusnya berbangga kerana umat Islam boleh memiliki satu kawasan pembangunan dalam segi tiga emas yang akan menjadi ikon pada masa akan datang.

“Kini 1MDB dah bangunkan tanah itu termasuk akan ada kereta api laju dari Singapura, lebuh raya… akan ada bangunan ikon seperti KLCC, malah ia lebih hebat dan perkara ini sedang giat dibangunkan infrastrukturnya, bukan hanya atas kertas.

“Sebenarnya kita juga ingin melihat pada satu ketika bahawa TRX terbangun bukan hanya dalam bentuk keindahan, tapi boleh bermegah dengan bangunan dimiliki TH di TRX,” katanya.

Sementara itu, Jamil Khir berkata TH sentiasa menitik beratkan kepentingan pendepositnya dan menegaskan bahawa setiap pelaburan yang dirancang dan dilaksanakan adalah selamat dan berdaya maju serta memberikan manfaat dan keuntungan kepada pendeposit tanpa menjejaskan simpanan mereka.

Katanya, pendeposit hendaklah terus yakin dengan keupayaan TH sebagai sebuah institusi ikonik Islam yang terulung di negara ini.

Tabung Haji sebelum ini dikecam hebat kerana membeli tanah tersebut dengan harga RM188.5 juta daripada syarikat pelaburan kerajaan 1MDB.

Ekoran itu, pada 9 Mei lepas, TH memutuskan untuk menjual tanahnya di TRX atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menghormati sensitiviti dan kepercayaan pendeposit.

Bagaimanapun pada persidangan Dewan Rakyat yang lepas, beberapa wakil rakyat yang menyentuh isu pembelian tanah itu, termasuk bukan Islam, berpendapat TH wajar menimbang semula cadangan untuk menjual tanah berkenaan kerana disifatkan sebagai pelaburan yang menguntungkan. – BERNAMA

Tags: Jamil KhirTabung HajiTRX
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hujan Lebat, Bumbung TRX Bocor Lagi Petang Tadi

Hujan Lebat, Bumbung TRX Bocor Lagi Petang Tadi

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Pusat beli-belah The Exchange TRX sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas berlaku insiden kebocoran bumbung...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd