• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seluar Skinny Jeans Boleh Rosakkan Otot Dan Saraf Di Kaki

oleh AK-47
25/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERHATIAN kepada penggemar fesyen serta pengikut trend industri fesyen terkini, seluar skinny jeans yang kian popular sekarang dikatakan boleh memudaratkan kesihatan si pemakai.

Amaran ini telah dikeluarkan oleh doktor sendiri selepas terdapat kes seorang wanita yang memakai seluar jenis itu tidak boleh berjalan selama empat hari tanpa bantuan.

Akibat skinny jeans yang terlalu ketat itu, doktor mengesahkan terdapat kecederaan pada otot serta saraf di kakinya.

Tidak dinafikan, seluar skinny jeans kini memang menjadi pilihan ramai wanita dan lelaki kerana ianya dapat memaparkan sisi kaki yang panjang dan kurus sekaligus menampakkan si pemakai kelihatan segak.

SIT61

Namun, cantik atau segak perlu diketepikan sekiranya ia boleh menjejaskan serta memudaratkan kesihatan pemakai.

Terdapat satu lagi kes yang melibatkan pemakai seluar skinny jeans ini dimana kaki seorang wanita yang berusia 35 tahun telah membengkak dan seluar yang dipakainya itu terpaksa dipotong untuk rawatan.

Wanita tersebut pada mulanya dikatakan terasa kebas di kaki sebelum mengalami kesukaran untuk menggerakkan kakinya.

Dia kemudiannya terjatuh serta terbaring sebelum ditemui beberapa jam selepas itu dan doktor telah mengesahkan otot dan saraf di kakinya telah rosak akibat tekanan yang berpanjangan.

Ianya berpunca daripada skinny jeans yang terlalu ketat yang memberi tekanan kepada kaki si pemakai dan amaran ini telah dikeluarkan oleh Jurnal Neurologi, Neurosugeri dan Psikiatri.

Menurut Profesor Thomas Kimber, kes ini merupakan komplikasi baru yang melibatkan neurologi akibat daripada pemakaian seluar skinny jeans.

Khloe-Kardashian

rs_560x415-131018091909-1024.3slipt-Kate-Middleton-jmd-101813

Siapa yang tidak gemar memakai skinny jeans, dari orang biasa, bintang Hollywood sehinggalah isteri kepada Putera William, Kate Middleton juga suka memakai skinny jeans.

Tapi harus diingatkan bahawa seluar yang ‘sendat’ ini boleh memudaratkan kesihatan si pemakai dan bukti yang ada ini perlu dijadikan iktibar supaya tidak berlaku kepada kita. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Mirror

Tags: Fesyenikon fesyenkardashianKate Middletonkesihatanskinny jeans
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Ekonomi Dan Kesihatan Harus Seimbang – Ismail Sabri

01/02/2021
0

GOMBAK - Kerajaan perlu memastikan kehidupan dan kesihatan rakyat dalam keadaan seimbang dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd