• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Beranak Atas Motosikal, Bayi Terjatuh Atas Jalan

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

China – Ngeri mendengar cerita wanita ini. Bayangkan dia yang dikenali sebagai Qi hanya menyedari bayinya telah dilahirkan ketika dia dalam perjalanan ke hospital.

Lebih mengejutkan bayi itu dilahirkan tanpa disedarinya ketika dia sedang memboncang motosikal suaminya.

Bayi itu kemudiannya terjatuh di atas jalan raya. Nasib baik bayi itu masih hidup dan ditemui di tengah jalan oleh pemandu kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Pemandu tersebut kemudiannya mendapati bayi tersebut berlumuran darah dan mula menangis selepas diangkat.

Sementara Qi pula hanya menyedari dia telah melahirkan bayi itu apabila doktor bertanya kepadanya `mana bayi awak’.

Susulan itu, suaminya Li, bersama dengan pegawai perubatan terus keluar untuk mencari bayi tersebut dan mereka bernasib baik apabila melihat tiga lelaki sedang berkumpul di tepi jalan, kira-kira dua batu dari hospital.

Doktor kemudiannya memberikan rawatan segera terhadap bayi. Nasib baik dia hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut doktor, bayi itu meluncur keluar melalui seluar Qi dan terjatuh di atas jalan. Benjolan di atas jalan itu pula membantu memutuskan tali pusatnya.

Dalam pada itu, Li berkata dia mendengar isterinya menjerit hendak bersalin namun tidak menyangka dia akan beranak di atas motosikalnya.

“Terima kasih kepada doktor dan orang ramai yang membantu anak saya,’’ katanya.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=KSrVJibyvr4

Tags: bayiWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd