• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjuangan Pakatan Pembangkang Terbukti Bukan Untuk Rakyat

oleh Ahmad Albab
21/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Masalah antara DAP dan PAS dalam pakatan pembangkang membuktikan gabungan itu sebenarnya bukan untuk memperjuangkan rakyat tetapi hanya tamakkan kuasa, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata rakyat perlu sedar kewujudan gabungan pembangkang termasuk PKR hanyalah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) semata-mata dan merampas tampuk pemerintahan.

“BN ditubuhkan untuk memperjuangkan rakyat tetapi gabungan pembangkang itu ditubuhkan hanya untuk menjatuhkan BN … untuk merampas tampuk kuasa dan bukannya untuk rakyat,” katanya kepada pemberita ketika melawat tapak bazar Ramadan Parit Yusuf, Pekan Baru di sini, hari ini.

Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulas kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang susulan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa pakatan pembangkang kini tidak lagi wujud selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

PAS bagaimanapun mendakwa pakatan pembangkang masih lagi wujud dengan kerjasama dengan PKR masih diteruskan.

Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang. – BERNAMA

 

Tags: pakatan rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Bandingkan Piagam UMNO-PAS dengan Pakatan Rakyat

10/09/2019
0

SHAH ALAM - Tindakan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof cuba membandingkan Piagam UMNO-PAS dengan majlis pembentukan Pakatan...

3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas

20/03/2018
0

PARAH... PAS Selangor mendakwa tiga exco dari parti tersebut dalam barisan kerajaan Selangor berjaya dimalukan pada sambutan Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd