PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sememangnya cukup sinonim dengan kepimpinannya yang tegas dalam mempertahankan hak-hak negara demi rakyatnya.
Terbaharu, Jokowi dilaporkan bakal memecat beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan kerana gagal mencapai prestasi yang ditetapkan.
Perkara ini dimaklumkan oleh Setiausaha Kabinet, Andi Widjajanto semalam.
Difahamkan, Presiden Indonesia kecewa terhadap ekonomi negara dan keputusan kerajaan yang gagal dilaksanakan sekali gus membayangkan untuk menilai semula barisan Kabinetnya.
Sekiranya keputusan itu diambil, Jokowi bakal merompak semula Kabinet meskipun baru setahun berkuasa.
“Jokowi sudah menegaskan sekiranya kehendaknya dalam pentadbiran tidak dilaksanakan secara serius, beliau tidak teragak-agak untuk menggantikan pegawai yang terbabit.
“Tunggu tidak lama lagi kerana ada pegawai yang akan dipecat,” kata Widjajanto.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=OK0CSIp1ur8
Oleh: CARRIE
Sumber: Reuters

