• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyEG Lancarkan Portal Automotif ‘MyMotor’

oleh Ahmad Albab
18/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MY E.G Services Bhd (MyEG) telah melancarkan portal automotif yang baharu, MyMotor, yang menawarkan penyelesaian transaksi bersepadu di dalam talian untuk pemilikan kenderaan.

Portal tersebut akan mencari tawaran terbaik, memastikan kereta yang disenaraikan untuk jualan telah disahkan oleh pakar permotoran dan memberikan penyelesaian sehenti yang komprehensif untuk semua transaksi yang diperlukan melalui platform yang selamat dan terjamin, kata MyEG dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pengarah Urusan MyMotor, Dr Philip Ng, berkata, MyMotor, yang akan membantu pembeli dan penjual untuk melengkapkan transaksi dari awal hingga akhir, akan menukar cara berinteraksi kedua-dua pihak secara radikal.

“Kami akan datang kepada anda, menilai kenderaan anda, dan membantu menjual kereta anda pada harga yang terbaik. Jika anda membeli, anda akan dapat memilih kereta pada harga sebenar dari pemilik sebenar,” katanya.

Sepanjang bulan Ramadhan ini, sejumlah 50 kereta yang berjaya dibeli melalui MyMotor akan menerima pulangan tunai sehingga RM3,000, tertakluk kepada pembiayaan kenderaan yang telah diluluskan, tawaran ini sah sehingga akhir Ramadhan atau bagi 50 kereta pertama yang dijual atau yang mana datang dahulu. – BERNAMA

Tags: MyEG
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Atau Proksi Tiada Kepentingan Dalam MyEG

06/08/2019
0

KUALA LUMPUR – My EG Services Bhd. (MyEG) menafikan bahawa UMNO mahupun proksi parti itu mempunyai kepentingan besar dalam syarikat...

MyEG Terima Amaran Gagal Patuh Penalti RM9.46 Juta

08/02/2019
0

SURUHANJAYA Persaingan Malaysia (MyCC) memberi amaran kepada MyEG Services Bhd. supaya mematuhi keputusan Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) pada 28 Disember,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd