AKSI dubsmash masih lagi menjadi trending dan kegilaan ramai pengguna sosial.
Setiap hari, ada sahaja pengguna laman sosial yang berkongsian video dubsmash untuk menunjukkan bakat lakonan masing-masing. Kadang-kadang ada yang lawak, tak kurang juga yang hambar.
Tapi, video dubsmash rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan yang dibuat oleh Nizam Rahman ini memang lawak habis hinggakan tak sampai 24 jam dikongsi, video ini menjadi viral di Facebook dan Instagram.
Lebih hebat, penerbit dan pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly turut memuat naik video tersebut dalam laman sosialnya.
Memang sebijik gaya Sheila Rusly ditiru hinggakan kami sendiri terkekeh-kekeh ketawa.
Tak caya, anda tontonlah sendiri! – MYNEWSHUB.CC
https://instagram.com/p/4BUk6iAaW4/?taken-by=sheilarusly_jspictures
https://instagram.com/p/4BSfLJJuUF/?taken-by=nizam_rahman
https://instagram.com/p/4BS-A3puUt/?taken-by=nizam_rahman
https://instagram.com/p/4BTTpTJuVE/?taken-by=nizam_rahman
Oleh: CARRIE
https://www.youtube.com/watch?v=J0XzbOrbLzE