• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Percaya Pakatan Masih Boleh Diselamatkan

oleh Ahmad Albab
17/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – DAP mungkin telah mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi tetapi tidak bagi timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Beliau mengakui adanya perbezaan antara ketiga-tiga parti pakatan pembangkang terutama antara DAP dan PAS tetapi yakin pakatan itu masih boleh diselamatkan.

Menteri Besar Selangor itu berkata, ketiga-tiga parti itu perlu mengadakan rundingan segera bagi mengelak berlakunya perpecahan dalam kerjasama mereka.

“Duduk dan berbincang secara berhemah dengan menghormati pihak lain, dan saya percaya kita boleh melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya kepada para pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kepada mangsa-mangsa banjir Disember lalu di Desa Darul Ehsan di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Kerajaan negeri Selangor menaja pembinaan 60 buah rumah dengan kos RM62,000 sebuah yang berjumlah RM3.7 juta.

Sementara itu, Ahmad ketika diminta mengulas kenyataan DAP yang menyalahkan PAS di atas runtuhnya Pakatan Rakyat berkata, “mereka (DAP) menjadi punca masalah.”

“DAP yang menjadi penyebab bermulanya masalah. Mereka memutuskan hubungan dengan PAS di Sarawak, kemudian di Sabah dan kemudiannya dengan presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Azmin Alipakatan rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd