• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misteri Bau Busuk Terjawab Dengan Penemuan Mayat Wanita

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Misteri bau busuk di sebuah unit kondominium di Desa Petaling di sini sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan terlentang hari ini.

Mayat Ang Yoke Peng, 42, ditemui oleh seorang lelaki kira-kira 9.45 pagi yang curiga akan bau busuk lalu mengintai rumah mangsa dan mendapati tubuh mangsa di ruang tamu dalam keadaan menyayat hati.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh lelaki itu dan anggota polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian mendapati pintu jeriji rumah berkenaan berkunci manakala pintu utama terbuka separuh sehingga menyebabkan polis terpaksa memotong mangga pintu jeriji rumah mangsa untuk memeriksa keadaan rumah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang, perut kembung, muka bengkak dengan lidah terkeluar, tangan dan kaki yang hitam serta kulitnya telah mengelupas.

“Kami turut menemui sebatang penyapu mop pada sebelah kaki kiri dan sepasang kasut perempuan berhampiran kaki kanan mangsa.

“Selain itu, terdapat darah dan minyak kekuningan di sekitar tubuh mangsa yang mengalir di sekitar lantai ruang tamu dan kami percaya mangsa telah menemui ajal lebih kurang empat hari lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama Selasa.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa yang menyewa di kediaman itu sejak 10 tahun lalu merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak yang kini menetap di Seremban.

Chong berkata mangsa mempunyai seorang teman lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an yang sering berkunjung ke rumahnya.

“Bagaimanapun, teman lelaki mangsa tiada di rumah tersebut ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan forensik mendapati tiada kecederaan yang nyata pada luaran tubuh mangsa dan keadaan mayat mangsa yang telah hitam menyukarkan mereka untuk melihat kesan lebam.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

 

Tags: MayatWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd