• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Komited Pastikan Ekonomi Rakyat Lebih Baik

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan komited dalam memastikan kedudukan ekonomi yang lebih baik untuk rakyat ketika negara beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata gaji rakyat dan pendapatan isi rumah merupakan aspek yang penting apabila negara menjadi ekonomi maju.

“Dalam usaha kerajaan mengenal pasti ekonomi makro negara bagi merealisasikan negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, ekonomi rakyat tidak akan diketepikan,” katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapan penutupan Mesyuarat Tahunan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) keempat di New York Academy of Sciences di Pusat Dagangan Dunia 7 di sini.

Beliau yakin Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi negara berpendapatan tinggi berdasarkan pertumbuhan ekonomi 5.6 peratus tahun lepas dan 6.3 peratus dalam separuh pertama tahun ini, menjadikannya negara Asean terbaik dari segi prestasi ekonomi.

“Namun, kita tidak wajar terlalu bangga dengan angka makro semata-mata. Kita mahu individu turut merasaskan kesannya.

“Kita tidak mahu apabila kita mengumumkan negara sebagai ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020, rakyat berkata mereka tidak merasakan sebarang peningkatan,” kata Najib.

Beliau berkata sains dan teknologi serta inovasi akan menjadi sumber utama pertumbuhan negara.

Ini juga akan membezakan pendapatan keluarga dan individu.

Najib yang juga Mentrei Kewangan berkata pembangunan berkekalan bukan hanya sekadar kemampanan kewangan fiskal malah kemampanan fizikal negara.

GSIAC diilhamkan oleh Najib pada 2011 sebagai sebahagian daripda usahanya untuk mentransformasi Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi dengan meningkatkan keupayaan Malaysia dalam sains dan inovasi.

Dalam ucapan pada permulaan mesyuarat itu, Najib berkata inisiatif tahap nasional yang dikenali sebagai Sains kepada Tindakan (S2A) bermatlamat meningkatkan penggunaan sains dan teknologi untuk pembangunan industri dan kebajikan rakyat.

Ia juga untuk mentadbir urus sains, teknologi dan industri sejajar dengan Model Baru Ekonomi yang diprekenalkan pada 2010.

“S2A bermatkamat mencergaskan sains supaya ia bersedia dan mampu mencetuskan idea baharu dan menjadi strategi perubahan yang akan mewujudkan pekerjaan dan kekayaan untuk rakyat kita,” kata Najib. – BERNAMA

Tags: KerajaanNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd