• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Optimumkan 18,650 Ekar Tanah Wakaf Untuk Manfaat Rakyat

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Johor Optimumkan 18,650 Ekar Tanah Wakaf Untuk Manfaat Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor terus memperkukuh pembangunan ekonomi ummah menerusi usaha mengoptimumkan pengurusan tanah wakaf dan hartanah di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, MAINJ kini menguruskan 5,373 tapak tanah wakaf dengan keluasan keseluruhan 18,650 ekar.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,647 tapak telah dibangunkan manakala 1,726 tapak masih belum dibangunkan.

Menurutnya, beberapa pendekatan dilaksanakan bagi memastikan aset berkenaan terus produktif, termasuk memperluas peluang sewaan dan pajakan, kerjasama strategik bersama pihak swasta melalui konsep usaha sama (JV) serta aktiviti pertanian produktif.

Usaha itu turut membuka peluang ekonomi kepada golongan asnaf menerusi projek tanaman fertigasi cili, tanaman kontan dan penternakan madu kelulut.

Antaranya, Projek Hijrah Asnaf Tanaman Fertigasi Cili yang melibatkan 20,000 polibeg dan 10 peserta asnaf dengan unjuran pendapatan purata RM3,500 sebulan bagi setiap peserta sepanjang tempoh enam bulan.

Sebagai langkah jangka panjang, MAINJ sedang membangunkan Pelan Kemajuan Wakaf Johor 2027–2030 yang memberi tumpuan kepada lima teras utama.

Ia merangkumi pengukuhan tadbir urus, inovasi dan digitalisasi, kolaborasi strategik, pembangunan ekonomi wakaf serta pembangunan modal insan.

“Kita mahu setiap aset wakaf diurus secara strategik, dibangunkan mengikut potensinya dan mampu menjana pulangan yang memberi manfaat kepada umat Islam, khususnya golongan asnaf dan masyarakat setempat.

“Wakaf bukan sekadar aset untuk dipelihara, tetapi amanah yang perlu dibangunkan demi manfaat ummah dan kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi hantaran di media sosial. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Fared Mohd Khalid

Tags: 18650 EkarFaredkerajaan JohorManfaat RakyatOptimumkanTanah Wakaf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Suarakan Isu Jerebu Kepada Konsul Jeneral Indonesia

Kerajaan Johor Suarakan Isu Jerebu Kepada Konsul Jeneral Indonesia

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan jerebu rentas sempadan yang ketika ini turut menjejaskan negeri itu khususnya...

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.