• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Mengeluh Perlu Bayar Perbelanjaan Majlis Graduasi Anak Sekolah Di Hotel

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Ibu Bapa Mengeluh Perlu Bayar Perbelanjaan Majlis Graduasi Anak Sekolah Di Hotel
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad menyifatkan penganjuran majlis graduasi akhir tahun sekolah secara berlebihan termasuk di hotel sebagai tidak perlu dan membazir sehingga membebankan ibu bapa.

Menerusi hantaran media sosial semalam, beliau berkata, terdapat ibu bapa mengeluh kerana terpaksa menanggung perbelanjaan majlis graduasi anak-anak mereka.

“Ada ibu bapa mengeluh mereka perlu bayar perbelanjaan majlis graduasi akhir tahun anak-anak mereka.

“Saya memang sejak dahulu tak begitu cenderung dengan idea anjurkan majlis akhir tahun yang berlebihan. Sampai nak buat di hotel dan sebagainya.

“Pada saya, itu semua tak perlu. Memadailah di dewan sekolah. Buatlah secara biasa dan tidak membazir. Yang penting ialah kehadiran semua murid,” katanya.

Anuar turut mempersoalkan budaya sekolah yang masih terlalu banyak menganjurkan program bukan pengajaran, termasuk majlis pelancaran, pertandingan dan pelbagai sambutan.

“Apakah dengan berbagai aktiviti bukan pengajaran ini, anak-anak kita sebenarnya makin pandai atau makin sibuk? Guru-guru pula makin cekap mengajar atau makin penat?” soalnya.

Menurut beliau, guru semakin terbeban dengan tugas mengisi data, menyediakan laporan, mengurus program serta memenuhi arahan pihak atasan sehingga masa membimbing murid semakin terbatas.

“Akhirnya, guru-guru penat. Murid pula tercicir. Sistem pula terus sibuk,” katanya.

Beliau menegaskan, aktiviti sekolah dan kokurikulum sememangnya penting, namun tidak sepatutnya mengatasi keutamaan pembelajaran, terutama ketika masih terdapat murid lemah membaca dan menguasai Matematik asas.. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anuar Ahmad

Tags: hotelibu bapaMajlis Graduasi AnakmengeluhperbelanjaanPerlu BayarSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru KAFA Mengeluh Elaun Rendah, Boleh Buat Kerja Lain Tambah Pendapatan – Fauwaz Fadzil

Guru KAFA Mengeluh Elaun Rendah, Boleh Buat Kerja Lain Tambah Pendapatan – Fauwaz Fadzil

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang...

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.