• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Keadilan Kritik Kempen Jentera PH, Wanita Bukan Alat Publisiti Murahan Pancing Undi

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Mahasiswa Keadilan Kritik Kempen Jentera PH, Wanita Bukan Alat Publisiti Murahan Pancing Undi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) menegur tindakan segelintir jentera kempen Pakatan Harapan (PH) yang didakwa mempamerkan penampilan kurang sopan ketika menjalankan aktiviti kempen pilihan raya.

MKM dalam kenyataan rasmi menegaskan bahawa matlamat politik tidak pernah menghalalkan cara, manakala kempen pilihan raya bukan ruang untuk meraih perhatian dengan mengetepikan pertimbangan moral dan norma masyarakat setempat.

Menurut kenyataan itu semalam, wanita tidak seharusnya dijadikan alat publisiti atau bahan sensasi murahan semata-mata untuk memancing undi.

Sebaliknya, penglibatan wanita dalam politik perlu dihargai berdasarkan keupayaan intelektual dan kepimpinan mereka.

MKM turut menegaskan bahawa Generasi Z dan golongan muda hari ini lebih mengutamakan wacana, gagasan serta penyelesaian yang substantif berbanding gimik politik cetek.

“Generasi Z dan anak muda hari ini menuntut wacana, gagasan, serta penyelesaian yang substantif, bukan gimik politik cetek yang merendahkan daya fikir pengundi muda,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, MKM mengingatkan bahawa prinsip kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam Rukun Negara wajib dihayati sebagai asas tanggungjawab sosial dalam masyarakat majmuk.

Tegasnya, disiplin, akhlak dan kematangan perlu sentiasa menjadi sebahagian daripada perjuangan politik tanpa mengira keadaan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mahasiswa Keadilan Malaysia

Tags: Bukan AlatJentera PHkempenkritikMahasiswa KeadilanPancing UndiPublisiti murahanWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Caprice Kritik Pakaian Mukhlis Mubin Seperti Lakonan Teater – “Siapa Suruh Pakai Baju Itu? Pecat Orang Tu!”

Caprice Kritik Pakaian Mukhlis Mubin Seperti Lakonan Teater – “Siapa Suruh Pakai Baju Itu? Pecat Orang Tu!”

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi rap, Caprice secara terbuka mengkritik pemilihan pakaian calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd