• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Orang Buat Rasuah Tidak Dapat Pahala, Tolong Orang Terlibat Rasuah Pun Tidak Dapat Pahala’ – Saifuddin Nasution

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
‘Orang Buat Rasuah Tidak Dapat Pahala, Tolong Orang Terlibat Rasuah Pun Tidak Dapat Pahala’ – Saifuddin Nasution
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan individu yang melakukan rasuah tidak mendapat pahala, begitu juga mereka yang membantu pihak terbabit.

Beliau berkata, perbuatan rasuah berpunca daripada sifat ketamakan manusia yang tidak mengenal batas dan merupakan sifat mazmumah.

“Rasuah ini berpunca daripada ketamakan yang tidak mengenal batas. Rasuah ini sifat mazmumah.

“Confirm orang yang buat rasuah ini tidak dapat pahala. Tolong orang yang terlibat rasuah pun sebenarnya tidak dapat pahala,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Kenyataan itu dibuat ketika beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Muar berhubung cadangan menyahklasifikasikan dokumen Lembaga Pengampunan bagi merungkai isu berkaitan proses pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar mencadangkan supaya dokumen berkenaan didedahkan bagi memberikan gambaran lebih jelas mengenai proses yang dilaksanakan oleh Lembaga Pengampunan.

Mengulas cadangan itu, Saifuddin menyifatkannya sebagai satu idea yang baik dan menyatakan kesediaan membawanya ke mesyuarat Jemaah Menteri esok.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa cadangan khusus yang akan dibawa adalah untuk menyahklasifikasikan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan, bukannya laporan.

“Saya fikir itu dalam bidang kuasa dan tanggungjawab Peguam Negara, tapi saya tidak ada keberatan.

“Esok, mesyuarat Jemaah Menteri, saya akan memberanikan diri untuk membawa bahawa ini syor daripada Parlimen, daripada Muar,” katanya.

Menurut beliau, cadangan itu bertujuan memberikan perspektif lebih tepat terhadap proses yang berlangsung dalam Lembaga Pengampunan.

Saifuddin Nasution turut menegaskan bahawa Parlimen merupakan medan demokrasi yang membolehkan wakil rakyat mengemukakan pandangan dan cadangan.

Mengakhiri jawapannya, beliau memetik kata-kata Mahatma Gandhi, “The world has enough for everyone’s need, but not everyone’s greed,” bagi menggambarkan sifat ketamakan yang menjadi punca rasuah. – MYNEWSHUB

Tags: Orang Buat RasuahPun Tidak Dapat PahalaSaifuddin NasutionTidak Dapat PahalaTolong Orang Terlibat Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesetiaan Kepada Institusi Raja Tidak Membawa Makna Kita Boleh Mengabaikan Persoalan Undang-Undang – Saifuddin Nasution

Kesetiaan Kepada Institusi Raja Tidak Membawa Makna Kita Boleh Mengabaikan Persoalan Undang-Undang – Saifuddin Nasution

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesetiaan kepada institusi Raja tidak bermakna persoalan undang-undang boleh diabaikan, manakala mempertahankan kedaulatan undang-undang pula bukan bererti...

Najib Dilarang Mendedahkan Diri Dalam Plaftorm Media Sosial, Langgar Syarat Kembali Penjara Kajang – Saifuddin Nasution

Najib Dilarang Mendedahkan Diri Dalam Plaftorm Media Sosial, Langgar Syarat Kembali Penjara Kajang – Saifuddin Nasution

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilarang menggunakan telefon peribadi, mendedahkan diri dalam mana-mana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd