• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesetiaan Kepada Institusi Raja Tidak Membawa Makna Kita Boleh Mengabaikan Persoalan Undang-Undang – Saifuddin Nasution

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kesetiaan Kepada Institusi Raja Tidak Membawa Makna Kita Boleh Mengabaikan Persoalan Undang-Undang – Saifuddin Nasution
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesetiaan kepada institusi Raja tidak bermakna persoalan undang-undang boleh diabaikan, manakala mempertahankan kedaulatan undang-undang pula bukan bererti mempertikaikan institusi berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedua-dua prinsip itu mesti bergerak seiring dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan.

“Kita anggap begini, kesetiaan kepada institusi Raja tidaklah membawa makna bahawa kita boleh mengabaikan persoalan undang-undang. Pada masa yang sama, mempertahankan kedaulatan undang-undang tidak bermakna kita mempertikai institusi Raja.

“Dia mesti seiring, kedua-duanya mesti jalan seiring dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi Raja Berperlembagaan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Bharu di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan isu pelaksanaan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dibangkitkan susulan dakwaan kelewatan empat hari oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Saifuddin berkata, kerajaan tidak mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan atau mengambil hak pengampunan yang telah diberikan kepada Najib.

Sebaliknya, tumpuan ketika ini adalah terhadap aspek pelaksanaan yang memerlukan kejelasan undang-undang.

Katanya, kerajaan juga tidak memandang ringan kebimbangan dan kemarahan rakyat berhubung isu berkenaan.

Namun, beliau menolak tanggapan bahawa usaha mendapatkan kejelasan boleh dianggap sebagai tindakan ingkar, derhaka atau sengaja melengah-lengahkan pelaksanaan. – MYNEWSHUB

Tags: Boleh MengabaikanInstitusi RajaKesetiaanPersoalan Undang-UndangSaifuddin NasutionTidak Membawa Makna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Orang Buat Rasuah Tidak Dapat Pahala, Tolong Orang Terlibat Rasuah Pun Tidak Dapat Pahala’ – Saifuddin Nasution

‘Orang Buat Rasuah Tidak Dapat Pahala, Tolong Orang Terlibat Rasuah Pun Tidak Dapat Pahala’ – Saifuddin Nasution

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan individu yang melakukan rasuah tidak mendapat pahala, begitu...

Najib Dilarang Mendedahkan Diri Dalam Plaftorm Media Sosial, Langgar Syarat Kembali Penjara Kajang – Saifuddin Nasution

Najib Dilarang Mendedahkan Diri Dalam Plaftorm Media Sosial, Langgar Syarat Kembali Penjara Kajang – Saifuddin Nasution

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilarang menggunakan telefon peribadi, mendedahkan diri dalam mana-mana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd