• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAIS Adakan Majlis Aliff Daniel Isytihar Taubat

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JAIS Adakan Majlis Aliff Daniel Isytihar Taubat
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) membabitkan Aliff Daniel Adli dan dua ahli keluarganya di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam hari ini.

Majlis itu susulan tindakan Aliff Daniel menyertai ritual keagamaan yang bertentangan dengan hukum syarak dengan rakaman video perbuatan tersebut tular di media sosial.

Beliau bersama ibu dan adik perempuannya melafazkan taubat serta mengucapkan dua kalimah syahadah dalam majlis tersebut.

Aliff Daniel dalam majlis pengisytiharan taubat itu mengaku pernah melakukan pelbagai amalan dan ritual keagamaan selain Islam yang bertentangan dengan hukum syarak.

Dia mengaku berpuasa selama seminggu mengikut kepercayaan agama Hindu dengan hanya memakan sayur-sayuran dan minum air sebelum menyertai ritual keagamaan sempena perayaan Thaipusam pada Januari 2024.

“Saya menyedari bahawa perlakuan saya demikian adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam dan bercanggah dengan prinsip pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Aliff Daniel berjanji tidak akan mengulangi perbuatan berkenaan dan berusaha mendalami ilmu agama serta mengamalkan ajaran Islam berdasarkan pengetahuan yang benar.

Ibunya, Rohizayanti Ramli dalam pengisytiharan taubat pula mengakui kelemahan dan kegagalannya melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu sehingga menyebabkan anaknya terjebak dengan fahaman serta amalan yang menyimpang daripada akidah Islam.

Dia turut berikrar untuk kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam, membersihkan diri dan keluarga daripada sebarang amalan yang menyeleweng serta meningkatkan kefahaman agama dengan menghadiri kelas pengajian yang sahih dan bertauliah.

Adik Aliff Daniel, Nur Ranea Ezreen pula menyatakan kekesalan atas kelemahan dirinya dalam menjaga kemurnian institusi kekeluargaan termasuk kegagalan memberikan teguran, nasihat dan sokongan secukupnya sehingga abangnya terpengaruh dengan amalan ritual.

Dia berazam memperbaiki diri, memperkukuh pegangan akidah serta membantu memulihkan abangnya melalui pendekatan kasih sayang, doa berterusan dan kerjasama dengan pihak berkuasa agama. – MYNEWSHUB

Tags: Adakan MajlisAliff DanielIsytihar TaubatJAIS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JAIS Belum Dapat Maklumat Sahih Pemilik Sebenar Premis Penyembelihan Ayam Guna Renjatan Elektrik

JAIS Belum Dapat Maklumat Sahih Pemilik Sebenar Premis Penyembelihan Ayam Guna Renjatan Elektrik

03/11/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mendapatkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti pemilik sebenar sebuah premis penyembelihan...

Tular Dakwaan Pemimpin Politik Ditangkap Khalwat, JAIS Sahkan Penahanan Figura Awam Di Petaling

Tular Dakwaan Pemimpin Politik Ditangkap Khalwat, JAIS Sahkan Penahanan Figura Awam Di Petaling

16/10/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu termasuk seorang figura awam berhubung kes disyaki khalwat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd