• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teguran PMX Anwar Tamparan Hebat Kepada Anthony Loke – Pemuda MCA

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Teguran PMX Anwar Tamparan Hebat Kepada Anthony Loke – Pemuda MCA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda MCA mendakwa teguran terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berhubung masalah kesesakan LRT dan MRT sepatutnya menjadi tamparan hebat kepada beliau.

Timbalan Ketuanya, Mike Chong Yew Chuan berkata, tindakan Anwar menandakan atau tag Anthony Loke, Kementerian Pengangkutan dan Rapid KL menerusi platform Threads menunjukkan masalah itu sudah berlarutan sehingga memerlukan campur tangan Perdana Menteri.

Menurutnya, pengguna LRT dan MRT sudah terlalu lama berdepan kesesakan serta gangguan perkhidmatan tren yang menjejaskan perjalanan harian mereka.

“Anthony Loke tidak boleh terus berdiam diri. Beliau perlu tampil menjelaskan apakah tindakan segera yang akan diambil bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar mengambil serius arahan Perdana Menteri.

“Rakyat tidak mahu lagi mendengar alasan bahawa penyelesaian hanya akan tiba beberapa tahun akan datang. Mereka mahu melihat perubahan yang boleh dirasai sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mike Chong turut merujuk anggaran pakar kejuruteraan awam bahawa kerajaan berpotensi menanggung subsidi petrol sekitar RM1.2 bilion setahun akibat kesesakan lalu lintas.

Katanya, penambahbaikan pengangkutan awam khususnya LRT dan MRT penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian sekali gus menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan.

Beliau berpandangan, penjimatan itu boleh disalurkan kepada keperluan rakyat termasuk pendidikan, kesihatan dan bantuan kos sara hidup.

Dalam pada itu, Mike Chong turut mengingatkan Anthony Loke supaya tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung.

“Diharapkan Anthony Loke masih mampu membezakan antara tugas sebagai Setiausaha Agung DAP dan tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan, khususnya dalam tempoh PRN Melaka ini.

“Janganlah terlalu ghairah berpolitik sehingga melupakan tanggungjawabnya kepada penumpang LRT dan MRT,” tegasnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA

Tags: Anthony LokeanwarPemuda MCAPMXTamparan Hebatteguran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas MKN Bincang Potensi Ancaman Keselamatan Global – PMX Anwar

Mesyuarat Khas MKN Bincang Potensi Ancaman Keselamatan Global – PMX Anwar

03/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan mengadakan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam bagi...

PMX Anwar Arah Semua Menteri, Kementerian, Agensi Siap Siaga Kemungkinan Ancaman Keselamatan Global

PMX Anwar Arah Semua Menteri, Kementerian, Agensi Siap Siaga Kemungkinan Ancaman Keselamatan Global

03/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua menteri, kementerian dan agensi kerajaan supaya terus menjalankan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd