• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Untuk Kepentingan Rakyat Bukan Rasuah Politik – Mujahid

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Peruntukan Untuk Kepentingan Rakyat Bukan Rasuah Politik – Mujahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa peruntukan pembangunan kawasan yang diberikan secara telus untuk kepentingan rakyat tidak boleh disamakan dengan rasuah politik.

Beliau berkata, Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) merupakan mekanisme sah dalam demokrasi berparlimen, namun kestabilan yang diwujudkan menerusi perjanjian itu tidak seharusnya menjadi cek kosong kepada kerajaan.

“Peruntukan pembangunan kawasan ialah hak rakyat, bukannya hadiah peribadi kepada Ahli Parlimen. Pemberian secara sama rata, telus dan boleh diaudit tidak boleh disamakan dengan membeli sokongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mujahid menjelaskan, dakwaan membeli sokongan hanya berasas sekiranya terdapat habuan peribadi, jawatan, kontrak atau kekebalan undang-undang yang ditawarkan.

“Peruntukan telus untuk kepentingan rakyat bukan rasuah politik,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pembangkang yang menandatangani CSA supaya terus memainkan peranan semak dan imbang serta tidak berdiam diri terhadap kelemahan kerajaan.

Katanya, perjanjian berkenaan juga perlu disertai komitmen reformasi termasuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal dan memisahkan peranan Peguam Negara dengan Pendakwa Raya.

Beliau turut menggesa kerajaan menerbitkan teks penuh CSA serta melaporkan kemajuan pelaksanaan reformasi kepada Parlimen mengikut garis masa yang jelas.

Mujahid mengingatkan bahawa Pakatan Harapan (PH) sendiri pernah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dwipartisan dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 September 2021.

Justeru, katanya, penilaian terhadap sesuatu perjanjian perlu dibuat secara konsisten berdasarkan ketelusan, reformasi dan manfaat kepada rakyat.

“Stabiliti bukan penghujungnya. Stabiliti ialah ruang untuk reformasi diberi peluang,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Parti Amanah Negara

Tags: Bukan Rasuah PolitikMujahidperuntukanUntuk Kepentingan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda MCA Persoal Peruntukan Kerajaan Pusat Menjelang PRN Melaka

Pemuda MCA Persoal Peruntukan Kerajaan Pusat Menjelang PRN Melaka

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda MCA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat pengumuman peruntukan Kerajaan Pusat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd