• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Puji Fadhlina Berjaya Selesaikan Projek Sekolah Sukan Perlis Terbengkalai

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Puji Fadhlina Berjaya Selesaikan Projek Sekolah Sukan Perlis Terbengkalai
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek susulan kejayaan menyelesaikan isu projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang terbengkalai selama 12 tahun dalam tempoh kurang dua tahun.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya tahun ini dan boleh mula digunakan pada tahun depan.

Menurut beliau, isu projek terbengkalai itu pernah dibangkitkan oleh Menteri Besar Perlis ketika lawatannya ke negeri berkenaan pada April tahun lalu.

Susulan itu, beliau telah mengarahkan supaya penyelesaian segera dilaksanakan bagi memastikan projek tersebut dapat disiapkan.

“Masih saya ingat tatkala ke Perlis pada April tahun lalu dan Menteri Besar ketika itu bangkitkan mengenai projek terbengkalai Sekolah Sukan Malaysia Perlis, dan saya arahkan penyelesaian segera.

“Insya-Allah, tahun ini Sekolah Sukan Malaysia Perlis siap dan boleh mula digunakan tahun depan,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada Fadhlina serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas usaha menangani isu projek berkenaan.

“Terbengkalai selama 12 tahun, alhamdulillah Kerajaan Madani selesaikan dalam kurang dua tahun. Tahniah Fadhlina Sidek, Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: anwarBerjaya SelesaikanFadhlinaPMXProjek Sekolah Sukan PerlispujiTerbengkalai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng Gesa Anwar Hentikan Penggunaan TuJu, Cari Alternatif Waze

Guan Eng Gesa Anwar Hentikan Penggunaan TuJu, Cari Alternatif Waze

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentikan penggunaan aplikasi navigasi TuJu...

Masyarakat Dahulu Sanjung Tinggi Kesusasteraan, Budaya Dan Tradisi Ilmu – Anwar

Masyarakat Dahulu Sanjung Tinggi Kesusasteraan, Budaya Dan Tradisi Ilmu – Anwar

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau bagaimana masyarakat suatu ketika dahulu menyanjung tinggi kesusasteraan, budaya, tradisi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd