• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ini Adalah Kisah Klasik Orang Melayu Tak Bayar Hutang” – Pemimpin AMANAH Ulas Sikap Sebahagian Pesawah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Ini Adalah Kisah Klasik Orang Melayu Tak Bayar Hutang” – Pemimpin AMANAH Ulas Sikap Sebahagian Pesawah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Ini adalah kisah klasik orang Melayu. Tak bayar hutang MARA, tak bayar hutang TEKUN, tak bayar hutang PPK. Bahkan tak bayar hutang Agro Bank. Tanyalah tiap pegawai di agensi ini. Mereka tahu, cuma enggan nak cerita”

Demikian hantaran di muat naik oleh pemimpin muda Parti Amanah Negara (AMANAH) yang juga Pengarah Urusan MARDI Corporation Sdn. Bhd. (MARDICorp), Mohamad Zamir Ghazali di media sosial berhubung sikap sebahagian pesawah.

Beliau mengulas permintaan pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad menerusi podcast ZRA Strim semalam supaya kerajaan mempertimbangkan satu bentuk pinjaman awal atau ‘kredit tunai’ kepada pesawah bagi tujuan membeli input khususnya benih padi.

“Hakikinya selama puluhan saya dalam pertanian, skim modal pusingan ini sudah lama dilaksanakan kerajaan melalui agensi khususnya Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK )

“Bukan setakat tidak ada faedah atau caj pengurusan seperti dicadangkan Abang Zainal, lebih dari itu boleh minta FOC atau diskaun bayar balik sehingga kadang itu 50 peratus. Pinjam RM10,000 bayar balik RM5,000. Dan hapus dalam lejer hutang di PPK. Boleh bincang dengan pengurusan PPK.

“Namun… ish, berat hati nak cakap.
Hakiki yang berlaku ialah ahli PPK dan pesawah ini ramai juga Tidak Bayar Hutang. Dari satu musim ke satu musim menimbun hutang dengan PPK, MADA, dan KADA,” katanya.

Mohamad Zamir berkata, apabila hutang sudah menimbun dengan agensi, pesawah terbabit lari kepada pihak lain untuk mendapatkan kemudahan kredit input dengan agen pembekal benih di luar.

“Agensi seperti PPK ini pula bukanlah seumpama bank yang boleh CCRIS atau CTOS penghutang.

“Umumnya buat kering atau bayar secara celup celap. Rasa nak bayar, baru bayar. Tak nak bayar, buat sardin saja. Jarang sangat nak bawa hutang ahli ke mahkamah untuk dituntut.

“Hutang benih, hutang input, hutang membajak. Mentaliti ahli ialah ini semua aset kerajaan. Saya pun berat hati nak cerita. Bukan semua begitu, tetapi rata-ratanya begitulah hikayat ranjau sepanjang jalan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Zamir Ghazali

Tags: Ini AdalahKisah KlasikOrang MelayuPemimpin AMANAHSebahagian PesawahsikapTak Bayar HutangUlas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Maszlee Ulas Pengampunan Bersyarat Najib – “Apakah Ini Yang Rasulullah Akan Suka?”

Maszlee Ulas Pengampunan Bersyarat Najib – “Apakah Ini Yang Rasulullah Akan Suka?”

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mempersoalkan sama ada tindakan mengangkat Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Rakaman Video Lama Anwar Ulas Isu Pelarian Rohingya Kembali Tular

Rakaman Video Lama Anwar Ulas Isu Pelarian Rohingya Kembali Tular

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakaman video lama Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pelarian Rohingya pada April 2020 kembali tular di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd